Saturday 22 December 2012

Tudung Bersulam Manik

Penghasilan tudung yang lama untuk dicantikkan lagi,maka ditambah dengan sulaman manik,akan lebih berseri dan menerlah,malah boleh menutupi tudung yang lama ini...sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..terima kasih..

Manik Simple

Sulaman manik simple ini adalah pada bulan August 2012 kelmarin,akhirnya dapat uploadkan sebab ada kesilapan teknikel...pelanggan saya ini nakkan jahit manik dilengan baju sahaja...jadi inilah hasilnya..dia pun berpuas hati..jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya,Azian 013-4004804...sekian..

Sunday 18 November 2012

SULAM MANIK TAMPAL SURIE


Assalamualaikum kawan2 yang sudi melawat laman Manik saya...Gambar di atas ini adalah Sulam Manik Tampal yang Pertama seorang pelanggan saya yang inginkan sangat untuk saya buat pada bajunya untuk Annual Dinner Maybank 18/11....cuma saya memang terkejut apabila mula mencari bahan manik tampal ini dengan pelbagai bentuk,ianya rupa2nyer mahal harganya walaupun beli dalam kuantiti yang sikit..jadi disebabkan kali pertama hasil sulam manik tampal ini,,saya teruskan juga terima  tempahan ini walaupun rugi,tapi saya dapat pengalaman mengenai harga setiap manik tampal dimana2 stokis manik yang saya cari..jadi harganya pun sama dengan harga Jahitan sulaman manik....jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Pn.Azian no hp:013-4004804..atau 03-42878408..sekian..

Wednesday 31 October 2012

SULAMAN MANIK 3D BUNGA SUZANNA


Assalamualaikum,buat pelawat2 yang sudi masuk ke laman saya ini...seeperti yg di janjikan kelmarin,ini lah hasil Sulaman Manik 3D Bunga Suzanna sempena nama empunya baju ini..;-)...jika ada komen atau sebarang pertanyaan boleh lah hubungi saya, Pn.Azian 013-4004804 dan 03-42878408(r)...

Friday 26 October 2012

SALAM AIDILADHA 1433

ASSALAMUALAIKUM WARROHMATULLAHIWABAROKATU...Selamat Hari Raya Qurban buat keluarga dan kawan-kawan serta pelawat yang sudi ke laman Manik saya...Syukur Alhamdulillah kerana dilimpahi rezeki selepas raya Aidilfitri yang lalu,saya telah menerima lebih sikit tempahan jahit sulaman manik dan tidak putus lagi menerima dari kedai jahit untuk tempahan sulaman benang Tulang Belut dan Mata Lalat leher baju kurung..lebih lebih lagi utk aidiladha ini dan jemputan perkahwinan pada cuti sekolah yang akan tiba tak lama lagi...kini saya ada terima tempahan jahit sulaman manik ditudung dan sulaman manik 3D lagi...bila dan siap akan saya uploadkan ia...dan saya akan update lagi dari semasa ke semasa dilaman blog kesayangan saya ini,wassalam.....Sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Azian 013-4004804 atau 03-42878408(R)...

Saturday 6 October 2012

SULAMAN BUNGA OREN 3D



Berbanyak terima kasih pada Puan Dr. Mastura kerana mengkhabarkan rasa suka bila lihat hasil manik 3D saya ini yang ianya adalah kali pertama menjahit bentuk bunga 3d dan daunnya sekali...sekiranya ada sebarang komen..dipersilakan..jika pujian...satu bonus buat saya bersemangat utk lebih menghasilkan sulaman 3D ini...hubungi saya ke no hp 013-4004804(azian)...

SULAMAN MANIK BERIRING

Ini pun dari puan(Dr.Mastura)  yang empunya baju Bunga Labuci yang sama tadi...jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya dgn nombor azian..013 4004804..

MANIK BUNGA HITAM LABUCI

Empunya baju ini inginkan bunga labuci manik serba hitam dan dijahit tebal lagi(dia x maklumkan pada saya)..saya dah cuba pada kain lain tapi masih tiada keyakinan utk meletakkan semua bentuk bunga dan manik dalam warna hitam belaka,jadi saya tambahkan dengan labuci warna perak kecil dan sedikit manik labuci pun warna perak juga...jika ada sebrang pertanyaan boleh hubungi saya..Azian hp 013 4004804 atau tinggalkan pesanan dlm ruang komen nanti...insyaAllah,saya akan cuba membalasnya...

Monday 17 September 2012

Koleksi Aidilfitri2012

Jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..Azian 013-4004804

TRISTAR BEADS

Design terkini dengan namanya yang canggih ini..memang mudah nak reka corak sulam,ini kerana kain pelanggan saya yang kosong dan meletakkan segala kepercayaan utk saya cipta reka.."biar simple tapi nampak cantik"..kata2 dari pelanggan dan dia berpuashati bila melihat hasil sulam saya..(alhamdulillah..)...jika ada sebarang teguran silakan...dan jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya,..Azian - no.hp 013-4004804...

Tuesday 7 August 2012

Assalamualaikum kawan2 dan tetamu2 yang datang kelaman saya ini..dah trend pula kini baju kurung paten polkadot ye,saya dapat lagi 2 helai baju kurung kanak2 polkadot juga,nanti lah dah siap saya uploadkan dlm masa yg terdekat ini...,gambar yg saya upload ini adalah yang baru siap dan dah beri pada tuan punya badan,dia hanya inginkan jahit manik dilengan tangan baju kurung sahaja..Batu Kristal Biru,Mutiara putih kecil,Batu Kristal kecil dan manik tabur....jika ada yang ingin membuat tempahan jahit manik baju,boleh lah hubungi saya,Azian 013-4004804 atau 03-42910408...

Tuesday 24 July 2012

5 RAMADHAN 1433

Assalamualaikum buat saudara mara dan rakan saya,serta pelawat2 yang sudi ke laman saya ini...kini dah masuk 5 Ramadhan 1433...sibuk ke tadarus waktu pagi selepas solat sunat Dhuha,balik terus jahit sulam tulang belut dari butik Lee Kien...semalam ada sorang lagi nak hantar baju untuk tempahan jahit manik lengan je...tak sangka ada lagi orang yg dah terdesak nak suruh jahit manik baju mereka..tapi apa2 pun Alhamdulillah masih ada rezeki Allah beri padaku,walaupun bertambah sedikit,ianya tak mengganggu saya untuk beribadah dibulan yang mulia ini....Allahuakbar...

Wednesday 18 July 2012

RAMADHAN..ku tunggu..

Assalamualaikum buat sahabat2,saudara mara serta pelawat yang sudi melawat laman saya ini...kini sudah 18 Julai 2012 bersamaan dengan 28 Syaaban 1433..ini bermakna Ramadhan akan tiba 2 hari lagi iaitu hari Sabtu ini..tapi waktu masuk Maghrib 20 julai(jumaat) kita dah boleh solat sunat Tarawih kerana dah masuk 1Ramadhan 1433...so sekarang lah patutnya kita ni sebgai surirumah,ajak anak2 dan suami,tolong2..bergotongroyong mengemas rumah..kerana nak sambut malaikat nak masuk rumah kita,special hanya pada Ramadhan ini je...bukan hanya kemas rumah cantik2 untuk raya je...moga2 kita sekeluarga mendapat kurniaan Rahmat dan Keberkatan dariNYA bulan Ramadhan nanti...Pasal sibuk dalam bulan puasa ni..itu perkara biasa bagi suri rumah yang ada buat bisnes kecil2 macam saya ni,ambil tempahan jahitmanik baju...ada makna dan hikmah Allah Taala beri pada saya kali ini,,setiap tahun nak puasa je banyak juga tempahan manik baju tapi tahun ni kurang sikit,yang lebat tu tempahan sulam jahit tulang belut leher baju kurung dari kedai2 jahit pula...mmm sama je bizinya...apa pun rasa lapang ni boleh laa saya jahit langsir rumah..lama dah x ade langsir baru...rasanya kali ini nak jahit untuk rumah sendiri...kalau ada masa rasanya nak pergi bertadarrus di surau kat rumah saya ni...dulu masa anak2 kecil lagi dan x tau langsung jahit manik baju(tahun 90an)..rajin pergi setiap pagi utk kaum ibu di surau...ini lah agaknya hikmat Allah bagi saya,kurang bisnes sikit Ramadhan kali ini...suruh saya ingat DIA lebih kerap lagi...sebabnya dah lama tak pergi agaknya...suka saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana sudi lawat laman saya ini dan saya ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1433...moga kita semua dapat keberkatan dan keteguhan iman dari Allah SWT....sekian...wassalam...ada masa sambung cerita lagi...:-)

Friday 22 June 2012


contoh sulaman 'Tulang Belut' leher baju kurung..hanya RM12/sehelai utk baju kurung wanita dan RM14 utk sulaman dibaju melayu lelaki dewasa,tapi bagi baju melayu/perempuan kanak2 RM10/sehelai je..

Gambar sulaman di leher baju hingga kebawah hingga 6" untuk yang bertudung...jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya Azian 013-4004804/03-42910408(r)...

Buat yang tidak mahu sarat dengan sulaman ditangan...
jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya..Azian 013-4004804/03-42910408

Tuesday 19 June 2012

Assalamualaikum pada sahabat2 saya serta pelawat2 yang sudi menjenguk walaupun sekejap di laman saya ini,ucapan SELAMAT DATANG DI NORAZIAN MANIKMANIA..hari ini 20hb Jun 2012 bersamaan dengan 30 Rejab 1433,ini bermakna bulan Ramadhan semakin hampir dan ada yang makin sibuk memikirkan utk persediaan Ramadhan dan juga Syawal ..berkenaan dengan tempahan sulaman manik baju adalah masih lagi dibuka dan saya kini hanya sibuk sedikit dengan tempahan sulam Tulang Belut leher baju kurung dari kedai jahit...saya pun ingin maklumkan pada sahabat semua yang saya sudah bertukar no telephone baru iaitu 013-4004804 dan 03-42910408..atau pun tinggalkan pesanan di laman Blog saya ini...sekian..wassalam..

Thursday 31 May 2012




Gambar teratas sekali adalah berbentuk sulaman Bunga & Daun Netting...gambar kedua diatas adalah sulaman bunga 3D...gambar ke3 adalah sulaman manik Crumble,juga saya ada aploud gmbar sulaman manik crumble pada baju kurung hijau..anda boleh lihat dan nilai sendiri..gambar yg terakhir adalah bentuk bunga mutiara dan sulam bunga labuci...juga ada gambar sulaman ini boleh dijadikan contoh utk anda menilainya...sekirannya ada sebarang pertanyaan dan kemusykilan boleh hubungi saya pn.Azian (017-2368077)..tk..


Kedua2 gambar diatas adalah sulaman Manik 3D..boleh diubah dgn hanya sulam bunganya atau daunnya..kedua2 cantik bila dibentuk sulaman manik...jika ada sebarang pertanyaan hubungi saya..azian (017-2368077)..
Bentuk sulaman manik ini dinamakan 'kerang'..ia boleh diubah dengan bersilang seperti gambar diatas dan juga bentuk Selari...
Inilah salah satu contoh sulaman manik yang simple..boleh diubah bunga dgn labuci atau manik bulat..sekiranya ada sebarang pertanyaan hubungi saya Azian(017-2368077)

Thursday 26 April 2012


Sulaman Manik Crumble dan Manik Tabur/Renjis...RM240...
jika ada sebarang pertanyaan sila hubungi saya..017-2368077 (Azian)..

Thursday 12 April 2012


Hasil sulaman manik pada tudung di atas ini manik silinder kecil,batu kristel dan bunga labuci....
Assalamualaikum buat tetamu2 yang hadir dilaman saya ini...moga kita semua diBerkati dan diRahmati Allah SWT..sekian lama saya tak update status saya di laman ini..rindu rasanya...mungkin saya ni tak sesibuk berbanding dengan rakan2 Blogger Beaders yang lain yang hebat promosi dan ramai kawan serta mereka ini pun berkerja jadi berbanding dengan saya ini hanya surirumah sepenuh masa walaupun ada kawan2 sekolah lama diFacebook secara tak langsung pun ia juga mempromosi kan rekaan manik baju yang saya telah buat...saya tetap bersyukur padaNYA walaupun rezeki tempahan manik baju ini perlahan tetapi saya tetap mencuba promosi kan hasil saya di kedai2 makan dan di kedai2 runcit(terutama skali pada rakan kenalan saya dan jiran saya)...saya juga sudah 7 tahun terlebih dahulu mengambil upah jahit sulam Tulang Belut,Mata Lalat dan Sulam Karipap di kedai2 jahit dan butik,sebelum saya menceburi dalam bidang jahit manik baju..ini lah juga menggalakkan saya lebih maju dalam bidang yang saya minat ini...tempahan jahit sulam leher baju kurung ini dan tempahan sulam manik,labuci,crumble dan 3D ini,sentiasaa terbuka kepada tetamu yang hadir dilaman saya ini tidak kira masa kecuali apabila tiba 2minggu Ramadhan saya terpaksa menolak tempahan kerana bimbang tidak dapat menghabiskan sulaman manik yang ditempah..apa2 pun tentang rekaan,bentuk dan harga boleh dibincang sekiranya ada tempahan...sekiranya ada tempahan dan penghantaraan melalui kurior,bayaran tambahan hanya lah RM8 sahaja....melalui alamat rumah saya..No.13, Jalan Melur 5, Taman Melur, 68000 Ampang,Selangor Darul Ehsan.Malaysia...atau hubungi Azian(saya) 017-2368077.Saya ingin memaklumkan sekiranya ada sebarang masalah tentang penghantaraan(kurior),ia akan ditanggung sendiri oleh pelanggan. Sekian Terima Kasih...Wassalam..