Wednesday 5 October 2011

Manik Beriring Dengan Manik Tabur


Manik Beriring dan Manik Tabur dijahit dari leher baju ke bawah baju kurung moden ini serta di pergelangan tangan dengan dijahit manik beriring sedikit warna ungu dan hijau untuk menaikkan seri baju.Sesiapa yang berminat untuk membuat tempahan jahit manik baju boleh menghubungi Azian no hp:017-2368077..

Monday 5 September 2011

Mutiara Tabur serta Diselitkan Sedikit Batu Kristal Kecil..


Sekiranya ingin membuat tempahan boleh hubungi saya..Norazian no hp 017-2368077

Tudung BerSulamkan manik dan batu kristal




Tudung Hitam...Hanya dijahit manik silinder kecil dan batu kristal putih, merah dan pink...
Tudung Putih...Hanya manik bulat putih dan sedikit warna kuning cair...

Sunday 4 September 2011

Tempahan manik dan labuci sudah pun dibuka sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya, Norazian no hp 0172368077..berkenaan dengan harga tempahan boleh dibincang, hanya upah jahit manik baju shaja yang telah ditetapkan harganya...sekiranya tempahan yang memerlukan kurior atau pos laju..rate hanya ler RM6-Rm8 sahaja...sekian...

Sunday 21 August 2011

Simpulan manik, manik tabur dan mutiara

Baju ni dah 2 minggu siap sebenarnya tapi tuannya tak dapat lagi...jadi hari ni dapat dipostkan di blog saya kerana baju ini kini berada ditangan tuannya di Melaka...berkenaan dengan jahitan simpulan manik di baju ni..ia hanya jahitan manik jalinan kasih yang disimpulkan berkali-kali dan apabila diperhatikan seakan-akan manik crumble yang halus...manik tabur di jahit last minit kerana seperti ada kekurangan disekeliling baju yang telah dijahit simpulan manik ini...

Manik tabur dan mutiara hitam

Ini adalah gambar manik yang terbaru...telah siap pada 18/8/2011..sekiranya ingin membuat tempahan selepas raya, boleh hubungi saya..Puan Azian 017-2368077...

Saturday 30 July 2011

SALAM RAMADHAN...

Ucapan berbanyak terima kasih kepada pengunjung laman saya yang baru saja dibuka beberapa minggu yang lepas..atas desakan dan nasihat suami, anak2 dan anak buah yang dah sedia ada laman blog mereka, jadi saya pun buka laman manik ini untuk mendapat pengalaman dan kawan di laman ini pula..5 tahun saya ambil upah jahit manik baju, pada mulanya hanya suka suka aje..tapi bila adik dan jiran saya mula nampak minat utk suruh saya jahit manik baju mereka malah mereka berpuas hati dgn hasilnya walaupun simple..semenjak dari itu saya tidak mahu menoleh kebelakang kerana selama 13 tahun hanya menjadi surirumah sepenuh masa, rasanya saya patut cuba cari duit sendiri dgn bekerja dari rumah dgn cara mengambil upah jahit manik baju..tapi pada waktu itu rasa ada kekurangan ilmu pada saya walaupun saya sudah beli buku panduan jahit manik baju..jadi saya cuba pergi ke MPAJ bertanyakan tentang kursus ini..bagai dicita ulam mendatang,rupa2nya memang ada kursus jahit manik..dan semenjak dari itu saya dah menjalani kursus jahit manik sebanyak 4 siri, yang membuatkan saya bertambah yakin utk ambil upah jahit manik baju hingga sekarang.Saya mengakui masih baru lagi kerana ada saja corak baru atau jenis manik contohnya manik crumbel dan manik 3D dan yang saya sebut tadi..masih lagi dalam proses belajar..sempena Ramadhan yang bakal tiba sehari dua lagi ni..saya mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan 1432 dengan penuh rasa syukur dan bertaqwa kepada Allah SWT dan Rasul SAW..Moga kita sama2 menghayati bulan yang berkat ini sambil mencari rezeki yang diberkati Allah SWT...
Lebihan Batu kristal dan sedikit manik, saya jahitkan pada baju saya yg kosong ini dan menaikkan lagi seri baju ini...lebih bergaya lagi bila dipakai bersama jaket kait diluarnya...

Monday 25 July 2011

Renda manik dan labuci


Baju renda organza ini saya dapat tempahan bulan January 2011 dan kak Ani inginkan dijahit manik dan labuci mengikut corak renda untuk keMajlis Makan Malam syarikat tempat kak Ani kerja..jadi, memudahkan saya menghabiskan jahitan sulaman dibaju dalam masa hanya 10 hari...terima kasih pada kak Ani dr Taman Putra, Ampang kerana berpuas hati dengan jahitan sulaman yg di inginkan...
Baju kepunyaan kakak ipar saya..kak liza..yang inginkan dijahit dgn batu kristal empat segi dan bulat serta dijahit kelilingnya sulam manik bulat yang sangat simple..jika ingin membuat tempahan jahit manik baju boleh hubungi atau sms saya yg bernombor..017-2368077(Azian)

Sunday 24 July 2011

Sulaman bunga labuci,mutiara dan manik tabur..

Menerima tempahan jahit manik baju,jika ada sebarang pertanyaan boleh hubungi saya,Pn. Azian no hp 0172368077..

Tuesday 19 July 2011

Sulaman manik dan labuci

Sulaman manik

                   
Menerima Tempahan Sulaman Manik dan Labuci.Jika ada sebarang pertanyaan, boleh hubungi Azian no hp 017-2368077.

Sunday 17 July 2011



Baju pink ini ada gambar lengan pada kod 01..ini manik leher dan lagi satu saya ambil lengan bermanik dgn posisi lain...sekiranya berminat boleh hubungi saya dengan no hp. 0172368077.

Saturday 16 July 2011

Baju Kurung Lama..

Baju biru ini sudah lama tersangkut didalam almari baju...disebabkan badan saya dah berisi sikit,bila saya cuba pakai..cantik pulak..so..saya jahitkan baju ini dgn manik bulat dileher dan lengan baju...

Sulaman manik simple


Manik Tabur dan Mutiara0

Corak manik tabur dan mutiara ini berwarna putih supaya baju kurung moden yang berwarna hitam ini nampak lebih menyerlah...saya buat manik baju ini pada bulan Dis..2010.

Design Manik dan Berbunga Mutiara dan Labuci


01

keterangan lanjut sila hubungi Puan Azian di talian 017-2368077
terima kasih.